hari ni hari keempat aku pakai braces ni and dah empat hari jugak lah aku makan bubur. ok, sangat bosan dah makan bubur hari hari -.- tapi nak buat cemano kalau makanan lain tak boleh dikunyah lansong. bubur ni pon pakai telan je. memang kesian lah kan kat sistem penghadaman aku sebab terpaksa bekerja dua kali ganda nak digest makanan makanan yang sepatutnya dikunyah terlebih dahulu. dear tummy, i'm really sorry , nanti dah boleh kunyah aku kunyah 44 kali biar hancur lebur makanan makanan tu semua dulu sebelum hantar kat kau eh.
so people yang nak buat braces tu kena take note. preparation dari segi mental dan fizikal. mula mula pakai akan rasa tak selesa, bibir cepat kering then bila senyum kena lebar lebar lepastu nak tutup bibir tu balik tersangkut pulak kt bracket braces tu kan, haha. insyaAllah sakit dia dalam seminggu dua. ok, seminggu dua tu tempoh yang sangat panjang sebab kau orang semua akan mengidam nak makan macam macam benda tapi realitinya kau hadap lah bubur tu. memang lose weight lahh.
then, bila dah pakai braces ni, kena jaga kebersihan. kena bersihkan celah celah bracket tu guna orthodontic brush. beli dekat pharmacy. supermarket pon hado, then kena kumor kumor. yelaaa, korang tak nak kann ada sisa sisa makanan terselit kat bracket korang? so make sure bawak air mineral if nak pergi mana mana , senang nanti nak bersihkan gigi. penjagaan oral hygiene tu sangat penting sebab kalau tak jaga gigi tu boleh reput dengan mudahnya. bila timbul perasaan malas nak bersihkan setiap kali lepas makan, maka nya janganlah asyik makan dan dengan itu dapatlah menguruskan badan. hihi :D

haa, ada lagi. bila dah pakai braces ni salivary gland korang akan menghasilkan lebih banyak saliva, err so bila cakap tu control sikit takot menyembor nyembor pulak. lepastu for certain certain people, ulcer akan menjadi sahabat karib korang sebab kehadiran benda asing iaitu dawai dan besi bracket, mungkin mulut korang masih nak adapt dengan kehadiran benda baru tu sebab lagi pon besi bracket tu tajam dan bergesel dengan dinding mulut. takpe, chill saja sebab bonjela boleh membantu anda. but for me , setakat ni alhamdulillah takde lagi ulcer and aku memang harap takkan ada, sebab ulcer akan menambah lagi penderitaan. serious.
for the first two weeks masa pakai ni, korang tak boleh nak mengunyah sebab rasa macam gigi tu nak luruh, yaaa maksud aku macam semua gigi sakit. so kena lah sabar unbareble pain ni sebab you choose to wear it dont you? haha, takpe lama lama nanti ok lah tu.
untuk yang nak buat braces tapi tak tahu macam mana process dia, meh sini aku cerita. rawatan pemakaian pendakap gigi ni dipanggil rawatan orthodontic. mula mula korang just pergi jumpa dentist and siapa siapa yang duduk area negeri sembilan, aku suggestkan pergi klinik dr. zaryff dekat senawang. sebab masa aku nak buat dulu pon susah gila nak cari klinik gigi area negeri sembilan yang offer buat rawatan orthodontic ni and siapa rasa nak buat under goverment, sila kan tapi korang kena que lama lah sebab faham fahamlah kann mesti ramai yang nak buat jugak and goverment akan bagi priority kat budak sekolah and siapa rasa nak buat kat private, boleh jugak. harga dia bergantung keadaan gigi korang and bergantung berapa dentist korang nak charge.
mula mula sekali dentist korang akan check keadaan gigi korang tengok sama ada gigi korang and gusi korang sihat or perlu apa apa rawatan dulu and dentist akan consult korang sama ada perlukan rawatan pemakaian braces ni or tak. ada certain certain orang kena cabut 2,3 gigi korang dulu sebelum pakai braces ni mungkin sebab nak bagi ruang gigi tu bergerak masa pakai braces nanti. macam aku, alhamdulillah tak payah cabut gigi and dentist tu cakap tak perlukan apa apa rawatan like tampalan gigi semua tu sebab gusi and gigi aku semua dalam keadaan sihat belaka. haha, sangat lega sebab tak perlu cabut gigi :D
dentist korang akan consult korang pasal pemakaian braces, anggaran tempoh yang korang kena pakai, harga semua tu lahh. macam aku, klinik tu charge RM 3000 and as deposit bayar RM 1000. yang balance boleh bayar ansur ansur setiap kali ada review/appointment dengan dentist korang. lepas dah setuju, dentist akan amek acuan gigi korang, entah bahan apa ntah macam tanah liat, tapi bukan tanah liat lahh yang penting but masa dia masukkan dalam mulut tu rasa agak mual and bahan tu cepat keras. so nanti dapatlah acuan gigi korang. tujuan dentist tu amek acuan tu adalah untuk twngok keadaan gigi korang sebelom and selepas pemakaian braces. lagi po nanti senang dentist tu nak decide and amek ukuran bracket yang sesuai untuk gigi korang.
next appointment, doctor akan pasang bracket kat gigi korang. sebelom pasang tu korang makan lah puas puas sebab like aku dah penah bagi tahu mula mula entry ni , yang korang akan rasa tak selesa and tak boleh makan keras keras awal pemakaian braces ni. sebelom pasang bracket ni, dentist akan bersihkan dulu permukaan gigi korang then lepastu aku tak tahu apa yang berlaku and tahu tahu je, aku dah rasa ada batu batu kat gigi aku. process pasang bracket ni sangat lah lama, time aku pasang adalah dalam 2 jam 45 minit jugak. penat weh menganga lama lama. ok lepas dah pasang, dentist akan briefing korang pasal penjagaan braces ni. in about one week after pakai braces ni, dentist akan buat appointment dengan korang untuk review gigi korang.
ok setakat ni jela yang aku dapat kongsi sebab aku pon masih dalam berpantang braces ni. siapa siapa yang ada pengalaman braces sudi sudi lah share okay :)
kbai.